SENAMAN ZUMBA

Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cergas. Percaya dengan resepi sihat tersebut, para guru, staf sokongan dan murid SK Nanga Entabai telah menyertai acara senaman zumba.

Senaman Zumba yang amat bertenaga ini di ketuai oleh Cikgu Donny.

ZUMBA

Advertisements

Gotong-Royong

GR

GR 2

Gotong royong menghapuskan tempat pembiakan AEDES  peringkat sekolah  telah diadakan di SK Nanga Entabai yang melibatkan warga pendidik dan sebilangan murid.  Beberapa kawasan sekolah telah dikenalpasti dan  menjadi sasaran untuk kerja-kerja gotong royong ini. Tujuan gotong royong ini adalah untuk mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi sekolah yang persekitarannya bersih, selamat, ceria dan kondusif. Selain itu dengan adanya gotong royong ini, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua warga SK Nanga Entabai dan menanamkan sikap cintakan sekolah dimana tempat untuk menimba ilmu.

Semoga usaha ini dapat dihargai oleh seluruh warga sekolah terutama murid-murid SK Nanga Entabai bagi mengekalkan suasana persekitaran yang bersih dan kondusif. Pihak SK Nanga Entabaimengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong kali ini, terutama guru, staf, pekerja dan murid-murid yang telah menyumbang tenaga untuk gotong royong